nama blog saya...

Followers

Friday, June 17, 2011

kasih ayah membawa ke syurga~~

AYAH...,,
abah,daddy,papa,
semua orang cuma ada seorang ayah...
aku pun ada seorang ayah yang aku panggil, "ABAH"...
aku bukanlah dari keluarga yang senang,bukan juga yang susah...
cuma sederhana sahaja..
kehidupan kami tidaklah terlalu mewah,tidaklah terlalu susah...
yang pasti,keluarga aku sentiasa bahagia...
abah..
abah sangat memanjakan anak-anaknya...
aku,angah,uda,boboy dan adik...

abah...
aku...
anak sulung...
sebenarnya,aku ada dua orang abang lagi di atas aku..
namun,takdir menentukan mereka tidak lama hidup di dunia ini..
aku menjadi anak yang pertama bagi abah..
mungkin kerana sedih kehilangan dua anak lelaki yang sebelumnya,
aku dimanjakan...
aku sering sahaja dapat apa yang aku inginkan..
pernah juga,adik-adikku berkata,
semua yang along nak,semua dia dapat...
aku tidak nafikan..
tapi bukanlah semua yang aku inginkan jadi kenyataan...
mungkin kerana,aku juga tidak pernah buat perkara yang memalukan abah..
malah sering menjadi kebanggaan abah..
aku seringkali bersaing dengan anak-anak rakan abah dalam pelajaran..
seringkali juga aku menang...
bukan membangga...tapi prestasi aku dalam pelajaran selalu membanggakan abah..
sejak dulu...abah selalu tersenyum gembira dengan pencapaian aku..
seiring dengan pencapaian,aku juga pandai menjaga diri..
aku tahu abah bangga..
mungkin kerana itu,apa yang aku inginkan aku dapat..
aku sentiasa cuba buat yang terbaik,aku tidak mahu memalukan abah..
sebab setiap hari abah bertungkus lumus kerja..
aku nampak pengorbanannya..susah payahnya..penat lelahnya..
dia semakin tua..aku sedar itu..
tapi,dia seringkali menafikan hakikat itu..
mak selalu menasihati abah,dan juga aku..
jangan susahkan abah..
aku tidak mahu,tetapi dia terlalu sayangkan anak-anaknya..
dia sanggup bawa kereta berulang-alik hantar anak-anaknya..
dia dari dulu tak bagi aku balik naik bas..
seboleh-bolehnya nak juga hantar sendiri..
walaupun dia xlarat..penat..
aku kesian..tapi,bila aku cakap aku boleh balik sendiri..
dia berkeras nak juga ambil aku balik..
 abah..along tahu abah risau keselamatan along,keselesaan along..
='(

abah...
angah pulak...
dia seorang anak yang baik..
xpernah buat masalah..
malah dia lagi baik dari aku..
dia lebih bersifat matang kadang-kadang dari aku..
selalu sangat orang salah anggap dia yang sulung..
kerana rupanya dan aku yang sangat jauh berbeza..
dia rajin dan baik..
cuma,mungkin dia xberapa pandai dalam pelajaran...
dia rajin tetapi susah nakpick up..
tapi,dia sentiasa dapat keputusan yang membanggakan..
spm tahun lepas,dia dapat 5A..
abah selalu belikan dia barang..
tapi ikut citarasa abah..
seluar jeans cutting lelaki,baju-baju jersey bola..
tapi,angah ni ikut je..walaupun dia xsuka..
tapi,dibibirnya sentiasa dihiasi dengan senyuman...

uda pulak..
dia ni degil yang amat...tingkatan 5..
ikut jiwa muda..selalu memberontak..
dia ni,hurmm..pandai...tapi,malas..
degil,tapi baik..
abah selalu bersabar dengan dia...
macam-macam dah dia buat..tapi abah diam je..
abah tak suka nak marah-marah..
bila da geram sangat,abah cuma nasihatkan dia..
lembut-lembut..
betapa sayangnya abh kat uda,sanggup dari pahang ke melaka sebab uda kol nangis2...
hanya atas alasan dulang jatuh kat dewan makan..
Ya Allah, tingginya kasih sayang seorang ayah itu...

boboy..adik..
memang dua orang je anak lelaki abah..
selalu dapat apa yang iorang nak..
baju2 bola da berlambak2...
bola sepak yg original,jersey semuanya..
abah belikan untuk diorang..
memang mewah betul lehidupan dua orang ni..
semuanya sebab abah sayangkan anak-anaknya...

=)
ABAH...
begitu banyak pengorbanan yang abah lakukan..
untuk along,angah,uda,boboy,adik dan mak..
along berbangga mempunyai seorang ayah seperti abah..
yang sentiasa menjaga imannya..
yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh,xpernah berputus asa demi anak-anaknya..
abah xpernah merungut..
sekali pun along xpernah dengar abah merungut..
tapi along nampak,abah dah penat..
along janji,akan belajar bersungguh-sungguh untuk membayar kembali semua jerih-perih abah selama ini...
sesungguhnya,kasih sayang along ni mungkin xnampak,tapi dalam hati Tuhan je tahu..
aku berjanji akan membalas jasa ayahku..
xkan sekali-kali mensia-siakannya...

ALONG SAYANG ABAH SANGAT-SANGAT...

love my abah n mak...
di kesempatan ini,nak ucapkan happy father's day...sambut hari bapa ni bukan hanya sehari,tapi setiap hari ialah hari bapa buat along...love u,abah...(^_^)

ingatlah semua...seorang ayah itu adalah suatu yang xternilai..sayangilah dia kerana dia telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang..sesungguhnya pengorbanannya xterbayar oleh kita..sayangilah dia sebelum kita xsempat untuk berbuat demikian..bayangkan jika dia pergi sebelum sempat kita membalas jasanya?? seribu penyesalan pun xkan berguna...ingatlah,ayah 2 ada satu je...

sincerely me..,
dyla.

No comments:

Post a Comment